Setem pun naik harga??

1:32 PM

Bila mana harga minyak melambung pengguna merana
Bila mana harga barang melambung tokey kedai tersenyum gembira
Bila mana harga setem melambung korang tertanya-tanya
Ape ke hal budak ni?? Ak yang ternganga-nganga....

hahhahahha..bikin saspen jerk budak ni, ingatkan ape la yang naik2..sememangnya benda ni dah basi berkulat tapi ak je yang tak tahu menahu langsung..ibarat katak di dalam kontena..gelap gelita tanpa berita dunia kekeke..tapi jangan disalahkan ak plak sebab bukan salah ak bila tak tau harga setem dah lain...sesungguhnya salahkan teknologi yang semakin berkembang dan tak reti menguncup kembali hahahaha...

cuba la korang fikir2 kan renung2 kan..zaman sekarang mana la ada orang pos2 kad raya bagai dah...semuanya hantar by email la, facebook la, mesej handphone la...so semestinya ak ni seorang manusia yang berkembang mengikut teknologi dan bukan badan yang berkembang erkk ekekekeke...di mana terbitnya teknologi di situ la terbitnya ak si budak kiut huahuahua...

Maka jangan la menyalahkan sesiapa erkk tetiba merendah diri ngeee...

::Sedikit kisah::

Dulu ak la King of the World..nak raya je mesti semua orang sibuk cari ak..so kalau habis je ak ni kalut semua orang sebab ak la yang paling cantik menawan sebab murah kekeke..Ak la Raja kepada Raja 80-an...

Bila zaman dah bergerak maju sikit..ak la yang sering dipandang2 dikeling2..laku jugak ak ni walaupun dulu susah mau bertanding jadi calon..

dan setelah zaman berzaman berlalu pergi..ak yang menjadi calonnya..tapi ak makin jauh daripada pandangan sebab ditelan dek zaman berteknologi sob sob sob..

::Sekian....::

Berbalik kita kepada cerita sebelum ini hehehe..post sebelum ni ak ada cakap nak bagi kad kat baginda kan..so dah termaktub sudah kad itu di sana..ak rasa dah sampai kot kat dia (dengan yakin) ahhaha...so macam mana ak boleh tau sekarang guna setem 50 sen untuk sekeping kad??

Alkisah...siap je ak coret2 kad raya sekali dengan setem kebanggaan 30 sen...
"Bapak! nanti tolong pos kan ni boleh?"
"Eh, sekarang ni mana ada orang pakai setem 3 kupang dah..bapak dulu nak pos surat pon pakai setem 8 kupang.."
"Yeke(dengan muka tak puas hati)??"
"Yela!! tu zaman bila..sekarang ni zaman bila(dengan muka nak makan ak je hahahaha)..pi cari setem dalam rumah ni nanti pi pos len"
"Hmmmm...." budak degil la katakan

So bapak ak pergi mengambil akak ak kat sekolah tanpa mengambil kad ak sob sob...

zaasssss....balik sudah diorang dan tetiba akak ak masuk bilik..

"Weh..tadi ak tengok kat pos ofis diorang jual poskad..pastu ak tanya orang kat situ sekarang ni pos kad raya 5 kupang.."
Ak dengan muka blurnya"Yeke??berapa ringgit?pastu ang beli ka setem?"
"RM5 8 keping tak salah..haah beli la..kad ang pon dah ak pos"
Muka blur lagi..damn rupa2nya bapak ak bawa kad ak tu hahaha....

#Moral of the story--> Janganla buat andaian melampau-lampau (^__^)


Sekian pesanan ringkas dari cik sikulipat

You Might Also Like

0 bUdak gEtah

Popular Posts

::kEkAnAk rEbiNa::

Flickr Images