Puding Roti Marble

5:44 PM


Assalamualaikum..Hai hai hoiii...Alohaaa...sekian lama tidak menulis sebarang resipi makanya hari ini ak akan menyelitkan sedikit hasil masakan ak beberapa hari yang lepas...disebabkan petang-petang tak ada benda untuk dikunyah-kunyah so ak merajinkan diri ini membuat satu dessert..bila mana terdapat roti yang tidak bersentuh so dalam hati ak nak cuba buat puding roti dan ini lah hasilnya...percubaan pertama menjadi dengan jayanya yohohohoooo gembira sekali hati ini (^__________________^)

Tanpa membuang masa lagi, disertakan bahan-bahannya :

Bahan A 
1 paket Agar-agar (ak guna yang kering)
4@5 cawan air
1 senduk kecil gula

Bahan B
2 biji telur
4 keping roti (dicarik-carik)
1/2 cawan air
1/2 tin susu pekat

Sedikit esen vanila
Pewarna makanan


Cara Penyediaan
  1. Masak bahan A dan pastikan gula dan agar-agar hancur sepenuhnya.
  2. Blend bahan B hingga hancur. Masukkan bahan B ke dalam agar-agar yang sedang dimasak. 
  3. Perlahankan api dan kacau sehingga sebati. Letakkan sedikit esen vanila dan kacau seketika.
  4. Apabila adunan sudah sebati bahagikan kepada 3 bahagian (2 pewarna pilihan dan 1 warna asal).
  5. Tuangkan adunan tanpa pewarna dahulu diikuti yang berwarna. Kemudian gunakan sudu untuk membuat bulatan hingga nampak corak marble.
  6. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk.


Puding Roti Marble


Bila dikeluarkan dari peti sejuk terkejut juga la bila tengok menjadi dan corak marble dia memang tak boleh blah...bak kata mak ak puding ini dibuat dengan penuh kasih sayang makanya terciptalah heart shape itu...bangga diri gila ak ni kekekkekeke...dan Alhamdulillah rasanya tak manis sangat so sesuai untuk orang yang berumur macam mak dan bapak ak hohoohohoo...dan inilah hasilnya setelah dipotong dan dihidang...boleh nampakkan corak marble disitu heheheh...lupa pula esen vanila tu ak letak nak kasi wangi sikit tapi kalau sesiapa yang tak suka tak letak pun tak mengapa..




Selamat mencuba ya...cik sikulipat doakan semoga hasil usaha anda berjaya ^^b

You Might Also Like

0 bUdak gEtah

Popular Posts

::kEkAnAk rEbiNa::

Flickr Images