Berakit ke Hulu Tapi Rupanya Kuala

12:02 AM

Hai hai hoooiii..as usual tajuk entry yang selalu bikin kesusasterawan la sangat hehhehe..bajet diri sendiri seorang cendekiawanah yang berjaya padahal masih melukut di tepi gantang..erkkkk apa motif peribahasa bagai budak ni lalalala abaikan...so walaupun ak ni bukanlah seorang budak sastera tetapi entry kali ini memang ada kaitan dengan kuala..

Kisah bermula pada hari semalam aka kelmarin..satu family pergi makan kenduri rumah saudara sebelah bapak..kemudian ak yang kempunan nak merasa masuk masjid terapung merengek-rengek dekat bapak sendiri...fuuuuu tipu sangat ak ni nak merengek-rengek tengek mak nenek ahhahah..konklusinya bila dah cakap sama bapak ak makanya dia sudi membawa kami sekeluarga ke situ iaitu ke Kuala Perlis...hahhh kan dah muncul word kuala tuhhh hehehe...

Sampai sudah kat jeti Kuala Perlis dan selesai parking di perkarangan masjid..masa untuk menikmati ciptaan Maha Esa..cuaca sedikit kelam dengan renyai-renyai titisan sang hujan malahan tiupan angin bukannya sepoi-sepoi bahasa tetapi sepak-sepak menampar pipi gebu ini hahaha...bunyi kincir angin teramat kuat sampaikan ak nak jer teringin panjat mengadap muka kat kincir tu ala-ala kipas kaki yang berpusing berkhidmat untuk tuannya lalalalala...

4 kincir angin berlainan ketinggian
Walaupun nampak separuh jer disebabkan kamera chokia dari handset yang tak canggih..janji cantik juga gambar kincir ni ye dak ehhehe wajib puji diri sendiri...Settle menikmati air yang surut di petang hari, mari mengisi perut yang kekosongan..dan menu wajib kalau datang ke kuala semestinya Laksa Kuala Perlis..laksa diperbuat daripada beras memang pilihan hati suci murni ini...tempat yang dikatakan cukup famous amos oleh seorang pakcik polisi tika di kuala iaitu.....



Hahhh nampak nampak..sedapkan laksa kuala ni..korang wajib cuba okay (^____^)...dan berbalik semula kepada keinginan hati untuk melihat masjid terapung..dan cantik betul rumah Allah ini walaupun tidak la sebesar masjid putrajaya mahupun masjid bukhari...semoga korang dapat berjalan-jalan ke kuala tak kisah la kuala apa pun..Kuala Sepetang ke Kuala Kedah ke tak pun Kuala Selangor hehehe..


cantek tak mak ak hehehe macam ak kan kekeke


 
Sekian cik sikulipat berundur diri dari kuala dan bukannya muara tehehehehee

You Might Also Like

0 bUdak gEtah

Popular Posts

::kEkAnAk rEbiNa::

Flickr Images