Bilamana bola menjadi cerita

9:17 PM

Tersebutlah kisah percakaran antara seekor harimau dan seekor singa bagi merebut seketul daging yang diidam-idamkan selama ini teheheheh....Ak bukan nak bercakap pasal binatang tapi semestinya pasal bola sepak huhuhu...


Semalam 2nd game untuk Harimau Malaya berhempas pulas bagi merebut peluang untuk layak ke piala dunia 2014..tapi malangnya hancur sama sekali..dengan kekalahan 5 vs 3 pada 1st game di Singapura dan seri 1 sama pada game di Malaysia..ternyata mereka kalah dengan aggregate 6 berbalas 4....
Dan bercakap mengenai cara permainan..walaupun ak bukanlah seorang pemain bola sepak dan bukan juga pakar mengenai bola sepak tapi ak agak sedikit kecewa dengan game semalam...dengan berteraburnya pertahanan dan tiada orang untuk menyerang..ditambah pula dengan pengadil yang macam berat sebelah fuhhh sakit jiwa ak jadinya...lepas tu dengan sikap pura-pura si singapura buat ak makin berbisa...ada yang nak kena baham agaknya

Apabila Safee berjaya menjaringkan gol pertama untuk Malaysia, berdebar-debar jantung ak jadinya menantikan gol seterusnya...tapi apabila pihak lawan yang menjaringkan gol terus ak mula kecewa dengan defender yang sambil lewa...

Sesungguhnya Malaysia tiada jodoh lagi dengan Piala Dunia dan kebarangkalian untuk mencapai peluang ini pada 2018 mungkin akan terlaksana sekiranya mereka meneruskan membaik pulih mutu permainan masing-masing...Ak sebagai rakyat Malaysia mengucapkan syabas kerana telah berusaha sehingga ke tahap ini..sesungguhnya kita telah menunjukkan prestasi yang amat memberansangkan sekali setelah sekian lama tidak menjejaki kelayakan piala dunia..

TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!!

Dan sekarang yang ak nanti-nantikan ialah skuad Olimpik Malaysia pula..mudah-mudahan mereka ini dapat menebus kekalahan kita ngeeee....walaupun kalau korang tengok nama negara yang satu group dengan kita memang bukan calang-calangnya..
tapi yang pasti kita kena YAKIN BOLEH!!


Jangan lupa saksikan first game diorang pada 21 September 2011 menentang Jepun wokeh

Sekian ulasan dari cik sikulipat
~xoxo~

You Might Also Like

0 bUdak gEtah

Popular Posts

::kEkAnAk rEbiNa::

Flickr Images