Berpolitik di Negara Sendiri = Isu ISA
6:41 PM
Assalamualaikum....Hai.....Halo...Aloha...
(p/s entry ini tersangatla panjang untuk dibaca V(^__^)V peace uolss )
Seperti biasa ayat selalu ak sekian lama tidak mengarang sepatah berpatah-patah ayat di blog usang ini ngeeee..dan hari ini kerajinan melanda diri sendiri dan tetapi kisah yang bakal dicoretkan ini tiada langsung berkaitan cerita ak sendiri (ada terselit sedikit la sekian..) melainkan cerita politik negara sendiri...sekiranya bosan silalah membawa diri anda masing-masing pergi dan biarkan ak sepi.....
erkkkk tacingsss plak ak ni hehehhee
So berbalik kepada entry post ak kali ini " Isu ISA"..memangla ak ini masih kurang pengetahuan tentang sebarang politik yang melanda di sini tetapi ak sendiri pernah menetap dekat penjara yang mengurung orang-orang tahanan ISA..sebabnya seperti korang dah tahu perihal keluarga ak..bapak ak ialah bekas pegawai penjara dan dia pernah bekerja dekat Kemtahanan Kamunting @ dikenali sebagai KEMTA oleh anak-anak warder ini sendiri..ak pernah tinggal di situ hampir 12 tahun dan segala kejadian yang pernah berlaku bolehla ak katakan tahu sikit-sikit
Bila akan ada tunjuk perasaan di hadapan pintu gerbang KEMTA, so akan ada juga pihak polis yang akan bertugas ketika itu..kawalan ketat betul sampaikan sesiapa nak keluar masuk pun payah sebabnya pintu ditutup sentiasa..dan yang jadi mangsa kitaorang yang tinggal kat dalam kuarters situ fuhhhhh...pernah ada juga orang FBI datang melawat tapi ak tak pernah nak ambil tahu kenapa..seriously walaupun ak tinggal kat situ, tak pernah terdetik langsung ak nak tahu apa yang berlaku dalam penjara tu..bapak ak pun tak pernah nak cerita apa-apa kat kitaorang adik-beradik..maybe kitaorang masa tu masih bersekolah lagi huhu
Ketika AI(you know who) ditahan di situ pun ak tak tahu tapi bila bapak ak bagi tahu baru la ak tahu fuhhh banyak betul tahuuuuu (n__n)...dan sekarang bila ak baca isu orang tahanan kena dera, pukul dan macam-macam lagi baru la terdetik ak nak bertanya dekat bapak ak apakah itu benar sama sekali..dan untuk pengetahuan semua bapak ak kerja di bahagian kaunseling okay..katanya isu dera mendera tu tak ada ketika dalam KEMTA tapi maybe ketika sebelum mereka (orang tahanan) dihantar ke situ dari PRC(dan jangan tanya ak apa itu PRC dan sila google sendiri lalalala)
Dan ak tanya lagi betul ke ada tahanan dapat layanan yang teruk sampai nak solat pun payah dan bapak ak kata diorang dapat sel @ bilik sendiri dan tandas pun memang ada disediakan...isu mogok lapar tu memang ada dan bab-bab diorang kena pukul tu wallahualam la katanya..ditegaskan lagi ya bahawasanya bapak ak bahagian "kaunseling"..ak ada tanya juga takde ke orang tahanan mengadu kat dia time kaunseling dan katanya takde..so kenapa takde pula diorang ni nak mengadu padahal mungkin boleh dibawa berbincang wallahualam..bapak ak ada cerita yang sekali tu si AI buat air nak bagi warder minum sekali ditolak dan dia terus marah dan katanya tak nak kawan erkkkk..
okay ini macam time kita sekolah dulu-dulu bila apa yang diperlawa ditolak hahaha
Bapak ak cerita lagi bahawasanya makanan orang tahanan ni diorang sendiri yang masak (saja ak nak tambah info sikit walaupun tak penting pun)..so untuk pengetahuan sekali lagi dalam KEMTA ni ada dua kategori orang "tahanan dan banduan" dan penjara wanita dan lelaki berasingan..orang banduan ni memang banyak kerja yang diorang kena buat baik dari bercucuk tanam, angkat sampah, mesin rumput, bertukang dan macam-macam lagi..tapi orang tahanan ak tak tahu pula apa kerja yang diorang buat
Okay cukup la serba sedikit cerita ak tika tinggal di KEMTA dan kita bercakap pula pasal isu ISA yang nak dibubarkan dan kalau boleh dijadikan harta warisan negara atau pun jadikan universiti...wahhh menarik betul idea diorang ni bila bercakap padahal diorang tak tahu tempat tu macam mana..nak jadi warisan negara? okay memang tempat tu dah lama dibina dan memang ak akui ada bangunan yang ak rasa bersejarah juga la iaitu DAIM (dewan serbaguna tak salah ak) tapi telah diabaikan tak terurus...tapi ak rasa kenapa nak bubar dan tutup padahal masih boleh digunakan sebab bangunan pun masih dalam keadaan elok..nak jadi warisan? nak jadikan macam penjara Pudu yang kononnya warisan sejarah tapi tak terjaga oleh rakyatnya?
Biarkan saja la penjara ni sebab banduan masih ada untuk mengisi kekosongan dan apa nak jadi dekat pegawai yang bekerja dekat situ...takkan la diorang ni nak pindah masuk penjara Taiping pulak..ko ingat besar sangat ke penjara tu..lagi satu "jadikan Universiti"? gila ke apa idea ni..elok-elok bangunan penjara dibaik pulih senang senang mak nenek kau nak robohkan buat universiti..ingat duit tu boleh dipetik-petik dari pokok ke..tak logik betul la idea diorang ni..ak bukan anti kerajaan mahu pun anti pakatan tapi berfikir la dulu sebelum merancang..ak sayang sangat dengan tempat ni kot sebab macam-macam ada kat situ..dengan padang golf, padang permainan, padang bola, kawasan tanaman sayur-sayuran, ladang tenusu, tadika KEMAS...macam-macam lagi la sentimental value buat ak seorang kanak-kanak yang meningkat dewasa yang pernah membesar di situ...ak harap sangat diorang boleh selesaikan isu ISA ni dengan bernas dan teliti
Sekian cik sikulipat yang hanya mampu menunggu kata putus pihak berkenaan
2 bUdak gEtah
hahahhahaha MENUNGGU KATA PUTUS DR SAYA yg dok trmenung kat longkang tepi nun ka?? hahaha..
ReplyDeletehahahah apa kata putus cik puan suzai
ReplyDelete