Permulaan

1:57 AM

Buka matamu seluas-luasnya
Sambil berimaginasi sedalam-dalamnya
Terbaring keras tanpa gerakan
Umpama jasad kaku tak bernyawa
Terdetik sesuatu di kotak ingatan 
Sang lintar pintas bergerak pantas
Mencari tergagau di puncak awangan
Melambai gapaian yang tak bisa dicapai
Terdetik tersemat di sanubari
Mungkinkah wujud suatu penyelesaian
Tanpa sebarang permulaan diutarakan
Manakah mungkin kesudahan digenggam
Ibarat tersadai terkujur tanpa tindakan
Angan-angan melangkaui batasan akal 
Lantas bangkit bangunlah bersiap-siap
Permulaan ini suatu peperangan
Hakikat perjuangan yang bakal berentap
Meredah liku-liku tajamnya bahana
Dan suatu ketika terukir senyuman
Kemanisan bak madu kepuasan idaman

You Might Also Like

0 bUdak gEtah

Popular Posts

::kEkAnAk rEbiNa::

Flickr Images